Latar belakang Nuridah Mohd Salleh

Beliau dilahirkan pada 20 Mei 1961 di Kampung Padang Buluh, Pekan Pahang. Beliau mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Haji Mohd Azemi Azman Johari dan dikurniakan 10 orang anak (5L, 5P); 8 orang daripadanya merupakah Hafiz dan Hafizah Al-Quran dan seorang daripada anaknya telah meninggal dunia di usia 12 tahun dan seorang lagi merupakan OKU. Beliau berkhidmat sebagai Pentadbir dan Guru Besar di Sekolah Rendah Islam Al-Abqori dan beliau juga seorang pendakwah bebas.